BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 30, 2011

Apa ada pada MALU ??? Korang semua tahu tak??



Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.
                                                                                                                    
Malu dalam masyarakat Melayu mempunyai 3 lapis pengertian, iaitu:

§  Malu Sebagai Perasaan
§  Malu Sebagai Tanda Harga Diri
§  Malu Sebagai Fungsi Kawalan Sosial
                                                                                                (wikipedia,2011)

Jadi kali ini saya nak focus on MALU SEBAGAI PERASAAN heheheehe… boleh ea semua nak kongsi =))

Malu sebagai perasaan merujuk kepada istilah “rasa malu”. Istilah-istilah Melayu yang merujuk kepada pekara ini termasuklah, “berasa aib”, “rasa segan” dan juga “segan silu”. Orang yang menunjukkan perasaan malu, akan diperikan sebagai “malu-malu” dan “takut-takut”.

Secara umumnya, malu merupakan perasaan rendah diri ataupun berasa segan silu terhadap kekurangan yang ada pada diri sendiri apabila dibandingkan dengan orang lain. Kekurangan ini boleh diertikan sebagai kebodohan, kejahilan, tidak sertimpal, tidak seperti, mahupun tidak setaraf. Individu yang mengalami perasaan begini selalunya menganggap dirinya lebih kecil dan hina daripada orang lain yang dianggapnya mempunyai serba kelebihan pula.

Malu merupakan sesuatu yang berpunca. Berdasarkan puncanya malu boleh dibahagikan kepada tiga jenis seperti di bawah:

§  malu-malu bahasa
§  segan
§  aib

Malu-malu bahasa merujuk kepada perasaan malu yang berpunca daripada perasaan hormat. Perasaan malu-malu bahasa timbul apabila seseorang itu berhadapan dengan orang yang dihormati. Perasaan malu ini agak serdeharna dan tidak sampai boleh menyakiti hati seseorang.

Segan
merujuk kepada perasaan malu yang timbul daripada perbuatan janggal. Perasaan segan timbul, apabila seseorang tidak biasa melakukan perkerjaan tertentu sehingga timbul keadaan yang janggal. Biasanya ia timbul apabila seseorang “baru” dalam pekerjaan tertentu. Misalnya seseorang akan berasa segan untuk bertutur kepada orang yang tidak dikenali, lebih-lebih lagi jika beliau jarang untuk berbuat demikian. Perasaan segan walupun tidak menyenagkan hati seseorang tetapi tidaklah ia sampai menyakit hati.







Aib
merujuk kepada perasaan malu yang berpunca daripada perbuatan yang jahat. Perasaan aib merupakan malu yang kuat. Biasanya ia timbul apabila seseorang menyedari dirinya telah melakukan dosa dan perbuatannya itu telah terbongkar dan diketahui umum. Perasaan aib ini sangat berkait dengan penghinaan. Orang yang berasa aib mungkin akan melakukan tindakan yang estrim seperti membunuh diri.




Dipendekkan cerita.... saya mahu cerita tentang malu bila berbahasa (bertutur dengan orang yang baru kita kenali) 
Pernah tak korang semua menghadapi situasi ini?? Bila di soalkan ke saya ...
Saya akan jawab sentiasa saya rasa malu ..dan sudah banyak kali menghadapi situasi sebegini hehee... Kenapa ya?? 
....................................... bersambunglahh.... cari idea...








0 comments: