BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 28, 2012

Salam Jumaat Yang Penuh Barakah ini.. Penutup Jumaat pada tahun 2012 .. Tidak lama lagi akan muncul tahun baru 2013... 


Doa NBI moga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah selalu :) Apepun kenangan manis dan pahit 2012 jadikan sebagai satu pengalaman hidup yang dilalui setiap tahun. Tahun berganti tahun takkan sama tahun yang sebelum ini yang telah kita lalui...

Apepun, NBI ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kegembiraan serta mengajar NBI untuk menjadi seorang manusia yang lebih tabah dan kuat.

3tahun yang lalu hati masih dilukai, dan kini terluka lagi. Namun ianya tak mematahkan semangat NBI untuk mencari sinar baru dalam hidup :) 

Semoga azam baru tahun 2013 lebih bernafas baru dan moga moga ada perubahan yang tak dijangka jangka..

"Everything happens must have a reason"so lambat atau pun cepat kita akan tahu juga mengapa , kenapa, dan bagaimana.... semua ini terjadi dan berlaku..

Biarkan apapun yang berlaku , kita mesti teruskan perjalanan hidup..

NBI mendoakan seluruh ahli keluarga NBI berada dalam keadaan sihat dan sejahtera, diberkati Allah ... Ceria selalu dan dilindungi Allah S.W.T . 

Kepada mereka yang NBI sayangi jangan lupa untuk terus berusaha mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Andai yang kau pilih itu yang terbaik maka jangan kau sesali nya di kemudian hari....

"I LOVE U dunya akhirat" 

Sincerely,
Nabilah Binti Ismail
Future Broadcaster